Tarian Lansaran

Tarian Lansaran

Tarian Lansaran ditarikan oleh suku kaum Murut yang merupakan suku kaum bumiputera yang kecil bilangannya di Sabah. Kaum ini menetap di kawasan pedalaman iaitu di Keningau, Nabawan, Sepulat, dan Tenom. Perkataan Lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung atau berayun-ayun.

            Ini kerana, tarian Lansaran ditarikan di suatu tempat khas dengan berayun-ayun ataupun melambung-lambungkan diri. Tarian ini dikaitkan dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak pada masa dahulu. 

            Kini, tarian Lansaran ditarikan sempena keramaian seperti majlis perkhawinan dan perpindahan ke rumah panjang baharu.

Bersama ini saya sertakan video tarian Lansaran suku kaum Murut di Sabah.




 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tarian Sumazau

Tarian Mongigol/Sumundai-Mongigol

Tarian Mogunatip