Tarian Sumazau

 


Tarian Sumazau

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum saya, iaitu Kadazan Dusun. Tarian ini ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan penanaman dan penuaian padi. Kebiasaannya, tarian ini juga ditarikan semasa menyambut Pesta Kaamatan dan semasa majlis jamuan.

            Gerak dan irama tarian ini adalah perlahan dan lemah lembut. Ketika menarikan tarian Sumazau ini, tangan dikepakkan keluar, di mana gerakannya turun naik seperti burung terbang.

            Kebiasaannya, tarian ini memerlukan pasangan lelaki dan wanita, di mana mereka akan menarikan tarian ini secara berhadapan dan menggerakkan kaki dengan Langkah kecil, sementara tumit diangkat dan diturunkan mengikuti irama lagu.

Bersama ini saya sertakan video pendek tarian Sumazau.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tarian Mongigol/Sumundai-Mongigol

Tarian Mogunatip