Tarian Mongigol/Sumundai-Mongigol

Tarian Mongigol

Tarian Mongigol juga merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun (Dusun Tindal) yang dipersembahkan semasa perayaan ataupun upacara semangat. 

            Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh tiga hingga lapan orang penari dan penarinya diketuai oleh penari lelaki.

Bersama ini saya sertakan video tarian Mongigol bagi Dusun Tindal.

Tarian Mongigol Dusun Tindal



Tarian Sumundai-Mongigol

Tarian Sumundai-Mongigol merupakan tarian tradisi suku kaum Momogun Rungus. Tarian ini ditarikan dengan diiringi paluan gong. Ia ditarikan semasa Pesta Kamaatan, majlis perkhawinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu istimewa.  

            Adakalanya, semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat daripada beras dan "tinonggilon" yang diperbuat daripada jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Marilah kita saksikan tarian Sumundai-Mongigol.

Tarian Sumundai-Mongigol 


 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tarian Sumazau

Tarian Mogunatip