Tarian Mogunatip

 


Tarian Mogunatip

Tarian Mogunatip adalah sejenis tarian tradisi suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Mogunatip diambil daripada perkataan 'atip' yang bermaksud menekan antara dua permukaan.

            Tarian ini amat unik dan dikagumi oleh masyarakat Sabah disebabkan tariannya memerlukan ketangkasan dan kekuatan di samping pakaian yang digunakan oleh penari tarian Mogunatip ini menggambarkan pahlawan Murut suatu ketika dahulu. 

            Biasanya, semasa menarikan tarian ini, ia tidak memerlukan iringan lagu kerana bunyi buluh yang dilagakan akan menimbulkan bunyi kuat disertai irama dan rentak yang menarik. 

Tarian ini ditarikan bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tarian Mongigol/Sumundai-Mongigol

Tarian Sumazau

Tarian Lansaran