Tarian Mongigol/Sumundai-Mongigol
Tarian Mongigol Tarian Mongigol juga merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun (Dusun Tindal) yang dipersembahkan semasa perayaan ataupun upacara semangat. Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh tiga hingga lapan orang penari dan penarinya diketuai oleh penari lelaki. Bersama ini saya sertakan video tarian Mongigol bagi Dusun Tindal. Tarian Mongigol Dusun Tindal Tarian Sumundai-Mongigol Tarian Sumundai-Mongigol merupakan tarian tradisi suku kaum Momogun Rungus. Tarian ini ditarikan dengan diiringi paluan gong. Ia ditarikan semasa Pesta Kamaatan, majlis perkhawinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu istimewa. Adakalanya, semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat daripada beras dan "tinonggilon" yang diperbuat daripada jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan. Marilah kita saksikan tarian Sumundai-Mongigol.
Comments
Post a Comment