Posts

Tarian Lansaran

Image
Tarian Lansaran Tarian Lansaran ditarikan oleh suku kaum Murut yang merupakan suku kaum bumiputera yang kecil bilangannya di Sabah. Kaum ini menetap di kawasan pedalaman iaitu di Keningau, Nabawan, Sepulat, dan Tenom. Perkataan Lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung atau berayun-ayun.             Ini kerana, tarian Lansaran ditarikan di suatu tempat khas dengan berayun-ayun ataupun melambung-lambungkan diri. Tarian ini dikaitkan dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak pada masa dahulu.              Kini, tarian Lansaran ditarikan sempena keramaian seperti majlis perkhawinan dan perpindahan ke rumah panjang baharu. Bersama ini saya sertakan video tarian Lansaran suku kaum Murut di Sabah.  

Tarian Mongigol/Sumundai-Mongigol

Image
Tarian Mongigol Tarian Mongigol juga merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun (Dusun Tindal) yang dipersembahkan semasa perayaan ataupun upacara semangat.               Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh tiga hingga lapan orang penari dan penarinya diketuai oleh penari lelaki. Bersama ini saya sertakan video tarian Mongigol bagi Dusun Tindal. Tarian Mongigol Dusun Tindal Tarian Sumundai-Mongigol Tarian Sumundai-Mongigol merupakan tarian tradisi suku kaum Momogun Rungus. Tarian ini ditarikan dengan diiringi paluan gong. Ia ditarikan semasa Pesta Kamaatan, majlis perkhawinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu istimewa.                Adakalanya, semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat daripada beras dan "tinonggilon" yang diperbuat daripada jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan. Marilah kita saksikan tarian Sumundai-Mongigol.

Tarian Mogunatip

Image
  Tarian Mogunatip Tarian Mogunatip adalah sejenis tarian tradisi suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Mogunatip diambil daripada perkataan 'atip' yang bermaksud menekan antara dua permukaan.             Tarian ini amat unik dan dikagumi oleh masyarakat Sabah disebabkan tariannya memerlukan ketangkasan dan kekuatan di samping pakaian yang digunakan oleh penari tarian Mogunatip ini menggambarkan pahlawan Murut suatu ketika dahulu.               Biasanya, semasa menarikan tarian ini, ia tidak memerlukan iringan lagu kerana bunyi buluh yang dilagakan akan menimbulkan bunyi kuat disertai irama dan rentak yang menarik.   Tarian ini ditarikan bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.

Tarian Sumazau

Image
  Tarian Sumazau Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum saya, iaitu Kadazan Dusun. Tarian ini ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan penanaman dan penuaian padi. Kebiasaannya, tarian ini juga ditarikan semasa menyambut Pesta Kaamatan dan semasa majlis jamuan.             Gerak dan irama tarian ini adalah perlahan dan lemah lembut. Ketika menarikan tarian Sumazau ini, tangan dikepakkan keluar, di mana gerakannya turun naik seperti burung terbang.             Kebiasaannya, tarian ini memerlukan pasangan lelaki dan wanita, di mana mereka akan menarikan tarian ini secara berhadapan dan menggerakkan kaki dengan Langkah kecil, sementara tumit diangkat dan diturunkan mengikuti irama lagu. Bersama ini saya sertakan video pendek tarian Sumazau.